• 05月02日 星期四

广东粤剧院 (汉语、马来语)


广东粤剧院 (汉语、马来语)

翻译制作:国家艺术基金“面向东盟国家粤剧多语种传播平台建设”项目组

中文Chinese

广东粤剧院。广东粤剧院于1958年由原广东粤剧团、广州市粤剧团以及珠江、永光明、新世界、东方红、太阳升、南方、冠南华等几个粤剧团合并组成。首任院长为著名粤剧艺术大师马师曾,副院长罗品超,艺术总指导白驹荣。1. Guangdong Cantonese Opera Theater (广东粤剧院). Guangdong Cantonese Opera Theater was formed in 1958 by the amalgamation of the original Guangdong Cantonese Opera Troupe (广东粤剧团), Guangzhou Cantonese Opera Troupe (广州市粤剧团), and several other opera troupes such as Zhujiang (珠江), Yongguangming (永光明), Xinshijie (新世界), Dongfanghong (东方红), Taiyangsheng (太阳升), Nanfang (南方), and Guannanhua (冠南华). The first director of Guangdong Cantonese Opera Theater was the famous Cantonese opera master Ma Si Tsang (马师曾, Ma Shizeng), the deputy director was Law Bun Chiu (罗品超, Luo Pingchao), and the general art director was Baak Keol Wing (白驹荣, Bai Jurong).

1956年,广东粤剧团(广东粤剧院前身)赴京演出由马师曾、红线女主演的《搜书院》,周恩来观看了演出并书赠“批判性地接受民族文化遗产,创造性地发展地方戏曲音乐,使祖国的文化艺术发出新的光彩”的重要题词。广东粤剧院历史悠久,艺术力量雄厚,现时我院由广东粤剧院一团、广东粤剧院二团、舞美设计制作中心、广东粤剧艺术中心四个实体和院部组成。是粤剧界规模最大、水平一流的表演艺术团体,是全球粤剧艺术生产的重要基地,被誉为粤剧的最高艺术殿堂。广东粤剧院以“出人出戏出精品”为立院之本,数十年来造就了几代著名艺术家。剧院人才荟萃,阵容鼎盛,行当齐全。马师曾、红线女、罗品超、白驹荣等众多老一辈著名表演艺术家以他们精湛的表演享誉海内外。剧院注重艺术人才的梯队培养,丁凡、曹秀琴、梁耀安、吴国华、姚志强、梁淑卿、蒋文端、麦玉清、曾小敏等九位艺术家先后获得“中国戏剧梅花奖”,成为全国拥有“梅花奖”演员最多的艺术院团之一; 关国华、丁凡、小神鹰、黄壮谋(黄培)、梁耀安、曹秀琴等先后被评为广东省非物资文化代表性传承人;68位获得高级职称的在职艺术人员。

剧院成立以来编演了500多个粤剧剧目,其中不少成为名剧或保留剧目,如《搜书院》、《关汉卿》、《山乡风云》、《梦断香销四十年》、《魂牵珠玑巷》、《伦文叙传奇》、《锦伞夫人》等。我院创作排演的剧目多次获得文华奖、中国戏剧节优秀剧目奖、广东省鲁迅文学奖及广东省艺术节剧目一等奖等多个国家及省级奖项。剧院注重继承、保护粤剧的地方特色,2013年被文化部定为“全国地方戏创作演出重点院团”。剧院多次被评为广东省先进集体,并获得“全国文化先进集体”光荣称号。

近些年来,推出了《南海一号》、《青春作伴》、《风云2003》、《梦·红船》、《还金记》等一批优秀原创剧目,其中《梦·红船》入选第十五届文华大奖终评,并参加第十一届中国艺术节演出。在保护传承粤剧优秀传统艺术的同时,我院尝试排演一些题材新颖的新创剧目吸引年轻观众,近年我们排演了根据网络游戏《剑侠情缘》改编的粤剧《决战天策府》及以现代时尚唯美理念创作的《白蛇传·情》,取得轰动的效果,吸引了一批从没看过粤剧的年轻人进入剧场。剧院立足广东,面向全国,走向世界,曾多次出访美国、加拿大、澳大利亚、新加坡、马来西亚、泰国等国家和香港、澳门、台湾地区演出,深受海内外观众欢迎。

马来语Bahasa Melayu

Teater Opera Kantonis Guangdong (广东粤剧院). Teater Opera Kantonis Guangdong ditubuhkan pada tahun 1958 dengan penggabungan Rombongan Opera Kantonis Guangdong asal (广东 粤剧 团), Rombongan Opera Kantonis Guangzhou (广州市粤剧团), dan beberapa rombongan opera lain seperti Sungai Zhu (珠江), Yongguangming (永光明), Xinshijie (新世界), Dongfanghong (东方红), Taiyangsheng (太阳升), Nanfang (南方) dan Guannanhua (冠南华). Pengarah Teater pertama Opera Kantonis Guangdong adalah mahaguru opera Kantonis terkenal Ma Si Tsang (马师曾, Ma Shizeng), timbalan pengarah adalah Law Bun Chiu (罗品超, Luo Pingchao) dan pengarah seni umum adalah Baak Keol Wing (白驹荣, Bai Jurong).

Pada tahun 1956, Rombongan Opera Kantonis Guangdong (pendahulu Teater Opera Kantonis Guangdong) dijemput ke Beijing untuk memberikan persembahan drama bertajuk Pembantu Rumah Lari dibintangi Ma Si Tsang dan Hung Sin-nui (红线女, Hong Xiannv). Zhou Enlai menonton persembahan itu dan menulis komen berikut: “Melalui pemikiran yang kritikal, [Rombongan Opera Kantonis Guangdong] membuat satu inovasi besar dalam opera tempatan, yang memberikan kehidupan baharu kepada budaya dan seni China kita berasaskan warisan budaya negara kita.” Teater Opera Kantonis Guangdong mempunyai sejarah yang panjang dan kekuatan seni hebat yang dibanggakan. Pada masa ini, teater itu terdiri daripada Rombongan Opera No. 1 dan Rombongan Opera No.2, Reka Bentuk Pentas dan Pusat Produksi serta Pusat Seni Opera Kantonis Guangdong. Ia merupakan kumpulan persembahan opera Kantonis terbesar pada peringkat profesional yang tinggi. Lebih hebat lagi, ia dianggap sebagai tempat opera Kantonis yang terbaik, yang turut menduduki satu kedudukan penting dalam pengeluaran opera Kantonis global. Teater ini dibina atas nilai-nilai terasnya iaitu “Memupuk artis cemerlang dan menghasilkan karya luar biasa,” dan ia memupuk banyak generasi artis terkenal berdekad-dekad lamanya. Ia menjadi satu magnet bakat, sebuah teater yang kuat dengan semua ciri pentas yang diperlukan. Ramai artis lama seperti Ma Si Tsang, Hung Sin-nui, Law Bun Chiu dan Baak Keol Wing terkenal di dalam dan di luar negara atas kemahiran berlakon handal. Teater ini mengutamakan latihan bakat-bakat seni. Sembilan orang artis, termasuk Ding Fan (丁凡), Cao Xiuqin (曹秀琴), Liang Shuqing (梁淑卿), Wu Guohua (吴国华), Yao Zhiqiang (姚志强), Liang Shuqing (梁淑卿), Jiang Wenduan (蒋文端), Mai Yuqing (麦玉清), dan Zeng Xiaomin (曾 小敏) telah memenangi Anugerah Bunga Plum berturut-turut, menjadikan teater itu antara teater yang paling banyak memenangi Anugerah Bunga Plum di China. Ramai pelakon lain seperti Guan Guohua (关国华), Ding Fan, Xiao Shenying (小神鹰), Huang Zhuangmou (黄壮谋), Liang Yaoan dan Cao Xiuqin telah dicalonkan sebagai wakil pewaris warisan budaya tidak ketara di Wilayah Guangdong. Di samping itu, terdapat 68 orang artis yang masih berkhidmat bergelar profesional dalam teater.

Sejak penubuhan teater ini, lebih daripada 500 himpunan drama opera Kantonis telah dihasilkan, banyak daripadanya yang menjadi terkenal atau kekal dalam himpunan itu seperti Pembantu Rumah Lari, Penulis Opera Tradisional Guan Hanqing, Ribut di Kampung Gunung, Cinta Empat Dekad, Tragedi di Kampung Zhuji, Kisah Lun Wenxu, dan Wirawati Hebat Negara Xian Ying. Drama opera yang dihasilkan oleh teater ini telah memenangi banyak anugerah negara dan wilayah seperti Hadiah Wenhua yang dianugerahkan oleh Kementerian Kebudayaan, Anugerah Opera Cemerlang di Pesta Teater China, Anugerah Sastera Lu Xun, dan hadiah pertama untuk himpunan semasa Pesta Seni Guangdong. Teater kami komited untuk pewarisan ciri-ciri unik opera Kantonis. Pada tahun 2013, teater kami dicalonkan oleh Kementerian Kebudayaan sebagai “Rombongan Opera Tempatan Peringkat Negara Utama”. Ia ditarafkan sebagai salah satu daripada komuniti sosial contoh di Wilayah Guangdong banyak kali. Ia turut memenangi gelaran “Kumpulan Kaya Budaya Negara”.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, teater ini telah menghasilkan satu siri opera yang cemerlang seperti Nanhai No. 1, Rakan Belia, Perjuangan Menentang SARS pada tahun 2003, Semangat Perahu Merah, dan Penjaga Kuda Berhati Mulia Semasa Perarakan Panjang. Antaranya, drama opera Semangat Perahu Merah berjaya memasuki ulasan akhir untuk Hadiah Wenhua ke-15 dan ia dipersembahkan di Pesta Seni China ke-11. Di samping memelihara ciri-ciri opera Kantonis tradisional, teater kami juga cuba mencari beberapa subjek baharu, untuk menarik generasi muda. Sebagai contoh, salah satu opera kami, Pertempuran Menentang Pemberontak, diadaptasi daripada permainan dalam talian China popular JX3 dan Legenda Ular Putih: Cinta adalah sebuah filem opera yang dihasilkan dengan pandangan estetik moden. Kedua-dua opera ini benar-benar sensasi, menarik ramai anak muda yang tidak pernah menonton opera Kantonis sebelum ini untuk berkunjung ke teater. Berasal dari wilayah Guangdong, teater ini bukan sahaja memberi tumpuan pada penonton China, bahkan juga mempunyai perspektif antarabangsa. Ia telah sampai ke banyak negara dan rantau seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong, Macau dan Taiwan yang menjadikannya popular di dalam dan luar negara.

上一篇新闻

绿米联创完成B2轮1亿美元融资;运动保获近5000万元A轮融资 | 投资速递

下一篇新闻

幻想还是现实?14个以“最”冠名的酒店,如何脑洞大开?

评论

订阅每日新闻

订阅每日新闻以免错过最新最热门的新加坡新闻。